AKTA BEKALAN ELEKTRIK

by - December 12, 2018


Related image

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 447 AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 Suatu Akta mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik, pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [1 September 1990, P.U. (B) 494/1990] DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut


Image result for meter elektrik


Caj bagi bekalan elektrik hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai 32. 

(1) Jika seseorang pengguna dikenakan caj bagi bekalan elektriknya sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya dengan merujuk kepada kuantiti elektrik yang dibekalkan, bekalan itu hendaklah diberikan menerusi, dan kuantiti elektrik hendaklah ditentukan melalui, meter yang sesuai.

(2) Meter hendaklah diadakan oleh pemegang lesen, sama ada dengan cara jualan, sewa atau pinjaman

 (3) Meter hendaklah dipasang pada premis pengguna di suatu kedudukan yang hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen, melainkan jika dalam hal keadaan tertentu adalah lebih munasabah untuk menempatkan meter itu di luar premis atau di suatu kedudukan lain.

(4) Jika pengguna enggan atau tidak mendapatkan bekalan elektriknya menerusi meter yang sesuai yang diadakan dan dipasang mengikut subseksyen (2) dan (3) pemegang lesen boleh enggan memberikan atau memberhentikan bekalan. 

(5) Bagi maksud seksyen ini, suatu meter adalah meter yang sesuai untuk kegunaan berkaitan dengan apa-apa bekalan elektrik yang tertentu jika ia adalah daripada corak pembinaan yang, dengan mengambil kira terma yang berdasarkannya bekalan itu dikenakan caj, bersesuaian dengan tertentunya bagi kegunaan sedemikian.










http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputaktap/20151105_A1501_BM_WJW005535%20BM.pdf

You May Also Like

0 comments