PUNCA GANGGUAN ELEKTRIK DI MALAYSIA

by - December 18, 2018


Illustration of a house sitting beside a lightning bulb

Gangguan bekalan elektrik merupakan terputusnya bekalan elektrik dalam tempoh jangka masa panjang ataupun dalam jangka pendek di sesebuah kawasan. Banyak faktor yang boleh menyebabkan terjadinya gangguan bekalan elektrik ini. Antaranya ialah kegagalan stesyen penjana elektrik, kerosakan pada talian penghantaran, pencawang atau bahagian lain pada sistem pengagihan elektrik, litar pintas atau beban lampau pada bekalan elektrik sesalur.

Gangguan bekalan elektrik boleh jadi kritikal di kawasan di mana keselamatan awam serta persekitaran berada dalam risiko. Institusi seperti hospital, loji pembetungan, dan sebagainya, biasanya mempunyai punca bekalan kuasa sandaran, seperti penjana elektrik sedia, yang akan dihidupkan secara automatik apabila bekalan elektrik terputus. Sistem kritikal lain seperti telekomunikasi juga diwajibkan memiliki punca bekalan elektrik kecemasan. 


1. Jenis Gangguan Elektrik

Terdapat tiga (3) kategori gangguan bekalan kuasa elektrik iaitu :

  • Kegagalan Sementara - Kehilangan kuasa sementara yang disebabkan gangguan pada talian kuasa. Bekalan elektrik akan pulih secara automatik apabila gangguan tersebut diperbetulkan
  • Padam Separa - Jatuhan voltan pada bekalan elektrik. Istilah tersebut berasal daripada keadaan lampu elektrik yang semakin malap apabila voltan semakin turun. Fenomena padam separa boleh menyebabkan prestasi peralatan elektrik yang semakin terjejas serta operasi yang tidak betul
  • Putus Bekalan Elektrik - Kehilangan terus kuasa elektrik, serta merupakan jenis gangguan bekalan elektrik yang paling teruk. Bekalan elektrik terputus berpunca daripada beberapa sebab seperti stesen janakuasa terpelantik, talian elektrik terputus, dan sebagainya. Bekalan elektrik yang terputus mengambil masa dari beberapa minit sehinggalah berminggu-minggu, bergantung kepada punca bekalan elektrik terputus serta konfigurasi rangkaian elektrik.
Kegagalan Sementara

Putus Bekalan



Selain itu, menurut Maklumat Prestasi dan Statistik daripada Suruhanjaya Tenaga tahun 2010, terdapat pelbagai punca berlakunya gangguan elektrik di Malaysia. Ia dapat dilihat dalam gambarajah di bawah.
Punca-Punca Gangguan Bekalan Elektrik Tidak Berjadual Pada Tahun 2010
(Sumber : Maklumat Prestasi dan Statistik 2010, Suruhanjaya Tenaga)

Seperti yang boleh dilihat dalam gambarajah di atas, faktor yang paling banyak yang menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di Malaysia adalah disebabkan kerosakan ataupun kesalahan sewaktu pemasangan. Faktor semula jadi seperti pokok tumbang dan bencana alam juga merupakan salah satu punca berlakunya gangguan bekalan elektrik.

You May Also Like

0 comments