ASAS ELEKTRIK
PENGENALAN ASAS ELEKTRIK
Elektrik merupakan satu tenaga yang tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai dan digunakan oleh manusia pada hari ini dan akan datang. Tenaga elektrik dapat dihasilkan kesan daripada tindakan
a) Geseran
b) Haba
c) Aruhan elektromagnet
· Tindakan daripada tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada beberapa punca tenaga yang lain
yang boleh digunakan seperti :
a) Tenaga cahaya
Contoh : Lampu |
b) Tenaga haba
![]() |
Contoh : Seterika |
c) Tenaga bunyi
Contoh : Radio |
d) Tenaga gerakan
Contoh : Kincir angin |
· Kuantiti : Bilangan sesuatu yang boleh diukur
· Unit : nama untuk menyatakan pengukuran yang dilakukan terhadap kuantiti tersebut
SISTEM PENDAWAIAN1. Sistem Pendawaian 1 Fasa
- Terdapat di kawasan kediaman (perumahan) kecil dan sederhana
- Merujuk kepada sistem pengagihan bekalan elektrik arus ulang-alik dengan menggunakan
satu sistem di mana voltan bekalan berubah secara seragam.
- Digunakan apabila sebahagian besar beban terdiri daripada litar pencahayaan dan
pemanasan dengan kurang penggunaan motor elektrik
- Bekalan 1 fasa ini dihubungkan ke motor elektrik arus ulang alik tidak menghasilkan
medan magnet berputar, litar pemula tambahan diperlukan bagi tujuan ini
- Oleh itu, motor elektrik 1 fasa yang mempunyai kadaran melebihi 10 atau 20 kW jarang
didapati
- Mempunyai satu fius utama sahaja dan satu unit neutral link
- Tenaga yang dibekalkan oleh 1 fasa ini hanya 240 V
- Penggunaan bagi jenis bekalan 1 fasa ini adalah terhad

Contoh meter TNB 1 fasa
2. Sistem Pendawaian 3 Fasa
- Terdapat di kawasan domestik dan industri
- Tenaga voltan yang dihasilkan ialah 415V
- Kod warna L1 merah, L2 kuning, L3 biru, Neutral hitam
: Sistem pendawaian domestik
- Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)
- Pendawaian Tersembunyi (Concealed Wiring)
- Pendawaian Selongsong PVK (PVC Casing Wiring)
- Pendawaian Pembuluh PVK (PVC Conduit Wiring)
: Sistem pendawaian Industri
- Pembuluh logam (Konduit G.I)
- Sesalur (Trunking)
- Kabel Berperisai

Contoh meter TNB 3 fasa

Kekemasan kabel bagi 3 fasa

Animasi aliran arus 3 fasa




NEGARA-NEGARA YANG MEMPUNYAI NILAI VOLTAN YANG BERBEZA
1. Jepun
- Nilai : 100V
- Jenis plug : A dan B
2.Colombia
- Nilai 110V
- Jenis plug : A dan B
3. Kenya
- Nilai : 240V
- Jenis plug : G
4. Malaysia
- Nilai : 240V
- Jenis plug : A, C, G & M
- Nilai : 240V
- Jenis plug : A, C, G & M
![]() |
A |
![]() |
B |
![]() |
C |
![]() |
G |
![]() |
M |
kredit kepada : https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.com/p/sitemap.html
https://www.facebook.com/ahasautomation
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bekalan_elektrik_tiga_fasa
https://www.iec.ch/worldplugs/list_bylocation.htm
Penulis : Athirah
0 comments