PENGAGIHAN ELEKTRIK DI DALAM BANGUNAN

by - December 18, 2018

BAGAIMANA ELEKTRIK DI DALAM RUMAH DIAGIHKAN

Bekalan elektrik masuk ke rumah melalui kabel perkhidmatan. Kabel perkhidmatan disalut dengan penebat untuk tujuan keselamatan. Bekalan elektrik daripada kabel perkhidmatan disalurkan ke peranti-peranti kawalan tertentu yang dinamakan sebagai “turutan kawalan”.

Turutan kawalan ialah turutan peranti-peranti kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar pengguna termasuk pengasingan, perlindungan, lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi. Mengikut peraturan, susunan peranti-peranti kawalan dan perlindungan mestilah mengikut turutan seperti berikut:

1. Fius perkhidmatan 
  • Merupakan peranti pertama sekali dalam sistem pendawaian elektrik.
2. Meter Kilowatt jam ( Kwj)
  • Digunakan untuk menyukat jumlah unit tenaga yang digunakan.
3. Suis Utama
  • Merupakan suis induk kpd sistem pendawaian. Tujuan mengasingkan litar pengguna                            apabila berlaku kemalangan dan tujuan kerja kerja penyelengaraan.
4. Pemutus litar bocor ke bumi ( PLBB) 
  • Merupakan peranti perlindungan kepada keseluruhan sistem pendawaian. Melindungi pengguna dari renjatan elektrik,  litar pintas dan penahan petir.
5. Papan Fuis agihan. (PFA)
  • Untuk mengagihkan bekalan elektrik kepada pekakas. Terdapat 3 bar di dalam papan fius agihan. – bar hidup - bar neutral - bar bumi.
6. Litar kecil akhir ( LKA) 

  • Merupakan litar yang keluar dari papan agihan dan bersedia memberi bekalan secara terus atau soket alir keluar. Keperluan litar kecil adalah:
    • Membolehkan sebahagian daripada pemasangan dioffkan bg tujuan pembaikan dan penyelengaraan
    • Untuk mengelakkan berlaku keadaan dimana keseluruhan pemasangan terputus jika berlaku kerosakan.




PUNCA TENAGA BAGI SEMENANJUNG, SARAWAK DAN SABAH

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian sumber asli, yang menjadi asas penting dalam penghasilan tenaga. Selaras dengan matlamat Dasar Tenaga Negara untuk membekalkan Malaysia dengan tenaga yang mencukupi, terjamin dan murah, Kerajaan menggalakkan penglibatan pelbagai sektor dalam industri ini.

Bekalan Tenaga
  • Malaysia kaya dengan sumber tenaga konvensional (tidak boleh diperbaharui) dan bukan konvensional. 
  • Sumber tenaga konvensional terbesar yang boleh didapati di negara ini adalah petroleum. 
  • Usaha berterusan sedang giat dijalankan bagi mempelbagaikan sumber tenaga, terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui.


Petroleum
  • Sumber petroleum terbahagi kepada minyak dan gas. 
  • Aspek penyeliaan dan pengurusan sumber ini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan anak syarikat milik kerajaan iaitu Petroliam Nasional Berhad.




  • Di Malaysia terdapat pelbagai sumber tenaga alternatif dari bahan yang diperbaharui (renewable resources) seperti bahan sisa hutan, biojisim kelapa sawit, tenaga suria, tenaga hidro dan barang buangan. 
  • Sumber-sumber tersebut berpotensi untuk digembleng bagi menjana tenaga serta mampu mengatasi pencemaran alam sekitar.


Bekalan Elektrik
  • Pembekalan tenaga elektrik didominasi oleh tiga syarikat utiliti yang utama iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Electricity Supply Corp. (SESCo), manakala sebahagian daripadanya turut diuruskan oleh beberapa penjanakuasa elektrik persendirian (IPPs) dan penjana bersama.





                                                          Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Sarawak Electricity Supply Corp. (SESCo)
Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)



You May Also Like

0 comments