PAPAN FIUS AGIHAN

by - December 18, 2018

1. PENGENALAN


  • Papan agihan (Distribution Board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir dimana bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut sesuatu lokasi/penggunaan.
  • Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara selari. Kerosakan pada sebarang litar tidak akan menggangu litar yang lain.
  • Ia mengandungi fius tamatan bumi yang disambung pada litar-litar kecil di rumah.
  • Dius ini berfungsi untuk memutuskan litar elektrik jika terdapat lebihan arus elektrik. Wayar fius akan melebur apabila arus berlebihan melalui fius tersebut.


Kotak Papan Fius Agihan


2. Komponen-komponen pada Papan Agihan (Distribution Board) Domestik

  • Komponen papan agihan terdiri daripada :-


a) Fius perkhidmatan
b) Meter kilowatt jam (kWj)
c) Suis utama
d) Pemutus litar bocor ke bumi / Earth leakage circuit breaker (ELCB)
e) Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB)



2.1 Fius Perkhidmatan
§  Fius ini berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arus
§  berlebihan.
§  Ia juga berfungsi sebagai pemutus litar sekiranya berlaku lebihan arus
§  mengalir pada pendawaian di rumah.
§  Fius perkhidmatan biasanya diletakkan di luar rumah dan dihubungkan
§  dengan wayar hidup bekalan.

Fius Perkhidmatan



2.2 Meter Kilowatt Jam (kWj)
  • Meter kilowatt jam berfungsi menyukat dan merekodkan kuantiti tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna setiap bulan.
  • Meter kilowatt jam biasanya diletakkan di luar rumah untuk memudahkan pegawai TNB membaca bacaan penggunaan meter tersebut.
  • Alat ini adalah hak milik Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Terdapat dua (2) jenis meter kilowatt jam, iaitu :-

Ø  Jenis analog
Ø  Jenis digital
Meter Kilowatt Jam


2.3 Suis Utama
  • Suis utama berfungsi untuk mengawal pengaliran arus elektrik ke seluruh litar elektrik di dalam rumah.
  • Wayar hidup dan neutral dari meter kWj disambungkan ke suis utama
  • Suis utama adalah sejenis suis dua kutub satu arah (DSPT) yang mengandungi fius.
  • Suis ini perlu dimatikan terlebih dahulu apabila hendak memperbaiki sebarang kerosakan pada litar elektrik atau menukar fius.

Suis Utama



2.4 Pemutus litar bocor ke bumi
  • Pemutus litar bocor ke bumi / Earth leakage circuit breaker (ELCB) berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi atau litar pintas.
  • Dari suis utama, wayar bekalan disambungkan ke Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB).
  • Alat ini perlu diuji dari masa ke semasa untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.
  • Cara menguji ialah dengan menekan butang berwarna kuning/putih, iaitu punat tekan uji. Apabila punat tekan uji ditekan, bekalan elektrik ke rumah akan terputus. Keadaan ini menunjukkan ELCB masih berfungsi dengan baik. Jika tidak, ELCB perlu digantikan.

Pemutus Litar Bocor ke Bumi



2.5 Pemutus Litar Kecil
  • Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB) adalah satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi yang disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas.
  • Ianya berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.
  • Apabila berlaku kerosakan alatan elektrik atau pendawaian, litar akan terputus dengan sendirinya.
  • Suis ini tidak akan berfungsi selagi kerosakan tidak diperbaiki.

Pemutus Litar Bocor ke Bumi









You May Also Like

0 comments