• Home
  • About

Search This Blog

Powered by Blogger.

Report Abuse

Email

PERKHIDMATAN BANGUNAN

"Prinsip asas penghasilan elektrik ditemui pada 1820-an dan awal 1830-an oleh ahli sains British Michael Faraday."



Apakah penjanaan elektrik?
"proses menghasilkan tenaga elektrik daripada tenaga bentuk lain."




  • Penjanaan tenaga elektrik (generation of electricity energy) dalam penjana elektrik adalah berdasarkan kepada prinsip putaran elektromagnet dalam gegelung wayar (wire coil). 
  • Elektromagnet yang berputar dikenali sebagai 'rotor' (pemutar), manakala gegelung wayar pegun dikenali sebagai 'stator' (pemegun).
  • Apabila 'rotor' berputar pada 'stator', medan magnet pada 'rotor' akan dilintasi oleh wayar 'stator', dan arus elektrik dihasilkan.


SISTEM JANAKUASA DI MALAYSIA
Di Malaysia terdapat tiga jenis stesen janakuasa utama iaitu:

1. Stesen janakuasa Hidroelektrik
    - menggunakan air dari empangan sebagai penggerak utama untuk memusingkan turbin.
    - menjimatkan pencemaran alam.

Janakuasa HidroElektrik
Penjana Hidro Elektrik
Empangan Tasik Kenyir

2. Stesen janakuasa Elektrik Terma
    - menggunakan bahan api seperti arang batu dan gas untuk memanaskan air dalam dandang.
    - stim dikeluarkan dari dandang bertekanan tinggi untuk memutarkan kipas turbin
    - stim bertekanan tinggi adalah sumber penggerak stesen janakuasa terma

Janakuasa Terma
Janakuasa arang batu

3. Stesen janakuasa Elektrik Gas
    - Gas bertekanan tinggi sebagai penggerak bagi memutarkan kipas turbin.
    - Gas ini dihasilkan daripada dandang pembakarang melalui pemampatan udara

http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/jana-elektrik-guna-teknologi-mesra-alam-1.479658


Sistem Grid Nasional
Sistem grid nasional di Malaysia (semenanjung) dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad. Sistem pembahagian elektrik terbahagi kepada 3 iaitu

  • Penjanaan
  • Penghantaran
  • Pengagihan.
Sistem Grid Nasional
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/jimah-east-power-tingkat-kestabilan-sistem-grid-nasional-1.817838

Penjanaan - sistem janakuasa yang berkapasiti besar bagi membolehkan penghasilan tenaga elektrik dibekalkan kepada pengguna mencukupi.

Lokasi sistem janakuasa di Malaysia
~ penjanaan sistem janakuasa di Malaysia terdiri daripada tiga jenis seperti diatas.
~ negara-negara luar mempunyai sistem penjanaan elektrik yang berbeza iaitu :-

Janakuasa Ombak (Perancis)
Janakuasa Angin (Belanda)
Janakuasa Nuklear

Penghantaran - medium penghantaran bekalan kuasa dari stesen janakuasa ke pengguna.
3 kaedah penghantaran iaitu :-
~ talian atas
~ bawah tanah
~ dasar laut

Sistem penghantaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu:-
Voltan Tinggi - industri-industri besar
Voltan Rendah - industri kecil, rumah atau bangunan.

Talian atas Voltan Tinggi
Talian atas voltan rendah
Bawah Tanah


Pengagihan - mengagihkan bekalan elektrik kepada pengguna termasuk industri.
Melibatkan sistem pencawang elektrik.

Indoor
Peralatan diletakkan di dalam rumah pengagihan yang tidak mempunyai masalah kawasan yang terhad

Outdoor
Terletak dikawasan terpencil


Disediakan oleh: Nur Atikah
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tarif secara definasinya ialah suatu caj yang diluluskan oleh pihak kerajaan untuk dikenakan kepada pengguna mengikut jenis bangunan dan penggunaan secara bulanan oleh Pihak Pemberi Bekalan Elektrik.
Untuk makluman, tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna secara bulanan yang diluluskan oleh pihak kerajaan adalah mengambil kira jumlah perbelanjaan yang akan ditanggung oleh Pihak Pemberi Bekalan Elektrik untuk menyalurkan bekalan elektrik kepada sesuatu premis dan projek.
Berikut disertakan Jadual Kategori Tarif Penggunaan Elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.


Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tarif boleh klik ke link TARIF ini.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

1. PENGENALAN


  • Papan agihan (Distribution Board) ialah satu tempat pengagihan bagi kabel litar akhir dimana bekalan elektrik utama diagihkan kepada litar-litar yang lebih kecil mengikut sesuatu lokasi/penggunaan.
  • Litar bekalan elektrik dari papan agihan disambung secara selari. Kerosakan pada sebarang litar tidak akan menggangu litar yang lain.
  • Ia mengandungi fius tamatan bumi yang disambung pada litar-litar kecil di rumah.
  • Dius ini berfungsi untuk memutuskan litar elektrik jika terdapat lebihan arus elektrik. Wayar fius akan melebur apabila arus berlebihan melalui fius tersebut.


Kotak Papan Fius Agihan


2. Komponen-komponen pada Papan Agihan (Distribution Board) Domestik

  • Komponen papan agihan terdiri daripada :-


a) Fius perkhidmatan
b) Meter kilowatt jam (kWj)
c) Suis utama
d) Pemutus litar bocor ke bumi / Earth leakage circuit breaker (ELCB)
e) Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB)



2.1 Fius Perkhidmatan
§  Fius ini berfungsi untuk mengawal bekalan elektrik jika berlaku arus
§  berlebihan.
§  Ia juga berfungsi sebagai pemutus litar sekiranya berlaku lebihan arus
§  mengalir pada pendawaian di rumah.
§  Fius perkhidmatan biasanya diletakkan di luar rumah dan dihubungkan
§  dengan wayar hidup bekalan.

Fius Perkhidmatan



2.2 Meter Kilowatt Jam (kWj)
  • Meter kilowatt jam berfungsi menyukat dan merekodkan kuantiti tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna setiap bulan.
  • Meter kilowatt jam biasanya diletakkan di luar rumah untuk memudahkan pegawai TNB membaca bacaan penggunaan meter tersebut.
  • Alat ini adalah hak milik Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Terdapat dua (2) jenis meter kilowatt jam, iaitu :-

Ø  Jenis analog
Ø  Jenis digital
Meter Kilowatt Jam


2.3 Suis Utama
  • Suis utama berfungsi untuk mengawal pengaliran arus elektrik ke seluruh litar elektrik di dalam rumah.
  • Wayar hidup dan neutral dari meter kWj disambungkan ke suis utama
  • Suis utama adalah sejenis suis dua kutub satu arah (DSPT) yang mengandungi fius.
  • Suis ini perlu dimatikan terlebih dahulu apabila hendak memperbaiki sebarang kerosakan pada litar elektrik atau menukar fius.

Suis Utama



2.4 Pemutus litar bocor ke bumi
  • Pemutus litar bocor ke bumi / Earth leakage circuit breaker (ELCB) berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi atau litar pintas.
  • Dari suis utama, wayar bekalan disambungkan ke Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB).
  • Alat ini perlu diuji dari masa ke semasa untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.
  • Cara menguji ialah dengan menekan butang berwarna kuning/putih, iaitu punat tekan uji. Apabila punat tekan uji ditekan, bekalan elektrik ke rumah akan terputus. Keadaan ini menunjukkan ELCB masih berfungsi dengan baik. Jika tidak, ELCB perlu digantikan.

Pemutus Litar Bocor ke Bumi



2.5 Pemutus Litar Kecil
  • Pemutus litar kecil / Miniature circuit breaker (MCB) adalah satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi yang disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas.
  • Ianya berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.
  • Apabila berlaku kerosakan alatan elektrik atau pendawaian, litar akan terputus dengan sendirinya.
  • Suis ini tidak akan berfungsi selagi kerosakan tidak diperbaiki.

Pemutus Litar Bocor ke Bumi









Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Peningkatan bil elektrik merupakan salah satu perkara yang sentiasa menjadi bebanan buat setiap isi rumah. Malah, kita juga telah melakukan segala tips yang diketahui demi mengurangkan penggunaan elektrik namun kadang kala, tiada apa yang boleh dilakukan sangat.
Masakan tidak, cuaca di Malaysia sekarang ini memang sangat panas dan sebolehnya kita memerlukan penghawa dingin dan menggunakan kipas sepanjang masa agar lebih selesa.

Namun begitu, siapa kata masalah bil elektrik melambung tinggi tidak boleh dikawal? Dengan cara penggunaan perkakas elektrik yang betul, anda pasti dapat mengurangkan jumlah bil elektrik yang perlu anda bayar setiap bulan!
Lihat beberapa tips yang diberikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sendiri bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

1. Basuh baju semaksima mungkin.
Penggunaan mesin basuh merupakan salah satu perkara yang memerlukan tenaga elektrik yang banyak. Dengan mengisi mesin basuh baju sehingga penuh, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga air.

Sebaiknya, cuci pakaian kotor anda sebanyak mungkin. Jangan memasukkan hanya lima ke enam helai pakaian dalam mesin basuh, Itu membazir namanya!

2. Pastikan penapis penghawa dingin sentiasa dicuci.
Alat penghawa dingin yang bersih membolehkan ianya beroperasi dengan lebih efisien. Hal ini kerana penapis yang bersih dapat mengeluarkan lebih banyak angin dingin sekali gus menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.

3. Tutup pintu dan tingkap semasa menggunakan penghawa dingin
Semasa menghidupkan penghawa dingin, pastikan setiap ruangan seperti pintu dan tingkap ditutup rapat bagi membolehkan ruang bilik anda menyejuk dengan cepat. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu anda bayar.

4. Pilih mentol jimat tenaga.

Mentol lampu jimat tenaga memerlukan bekalan elektrik yang sedikit tetapi mampu bertahan dengan lebih lama.

5. Gosok baju semaksima mungkin dalam seminggu.
Menggosok baju yang banyak sekali gus dapat mendorong kepada penjimatan tenaga elektrik. Cara ini juga lebih bagus kerana anda tidak lagi tergesa-gesa menggunakan seterika setiap pagi sebelum ke sekolah atau ke tempat kerja.

6. Penuhkan air dalam cerek.

Jika anda menggunakan cerek elektrik untuk memasak air, pastikan anda mengisi air ke paras penuh. Kaedah ini dikatakan lebih menjimatkan penggunaan tenaga sekali gus membolehkan anda membayar bil pada kadar yang lebih rendah!


7. Guna perkakas elektrik dengan label 5 bintang seperti dalam gambar.
Kredit foto: The Green Mechanics
Perkakas elektrik yang mempunyai label ini direka untuk beroperasi dengan lebih efisien sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

8. Jarakkan peti sejuk dengan dinding.
Anda perlu meletakkan peti sejuk anda pada kedudukan tertentu dengan jarak sekurang-kurangnya 10 sentimer daripada dinding. Hal ini demikian kerana ruang tersebut berfungsi untuk membolehkan peredaran yang lebih baik. Di samping itu, jauhkan peti sejuk daripada kawasan yang panas seperti dapur gas.

9. Pastikan anda mematikan komputer riba atau komputer jika tidak digunakan.
Komputer akan terus menggunakan tenaga walaupun anda meletakkannya dalam mod standby. Jadi, bagi menjimatkan penggunaan elektrik, matikan komputer anda setiap kali tidak menggunakannya.


10. Gunakan alat pemasa untuk peralatan yang digunakan pada waktu tertentu sahaja.
Alat pemasa ini boleh dipasang pada lampu di luar rumah anda. Dengan alat pemasa ini, lampu luar rumah anda hanya akan terpasang pada waktu yang dimahukan sahaja dan akan terpadam sendiri apabila masa tamat.


11. Gunakan lampu kalimantang T5.
Lampu kalimantang jenis T5 ini mampu membekalkan cahaya yang terang dan menggunakan tenaga yang sikit.


12. Kekalkan suhu penghawa dingin.
Tetapkan suhu penghawa dingin anda di antara 23 hingga 25 darjah Celcius bagi kesejukan yang optimum dengan penjimatan berganda.


13. Susun atur barangan dalam peti sejuk.
Peti sejuk yang tersusun rapi membolehkan tenaga elektrik dijimatkan. Jika peti sejuk anda berselerak, ia akan menggalakkan peredaran angin dingin yang tidak menentu.

14. Gunakan air sejuk semasa membasuh baju.
Penggunaan air suam akan membuatkan mesin basuh beroperasi dengan lebih kuat sekali gus menggunakan lebih banyak tenaga.
Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)








Share
Tweet
Pin
Share
No comments
BAGAIMANA ELEKTRIK DI DALAM RUMAH DIAGIHKAN

Bekalan elektrik masuk ke rumah melalui kabel perkhidmatan. Kabel perkhidmatan disalut dengan penebat untuk tujuan keselamatan. Bekalan elektrik daripada kabel perkhidmatan disalurkan ke peranti-peranti kawalan tertentu yang dinamakan sebagai “turutan kawalan”.

Turutan kawalan ialah turutan peranti-peranti kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar pengguna termasuk pengasingan, perlindungan, lebihan arus dan perlindungan kebocoran ke bumi. Mengikut peraturan, susunan peranti-peranti kawalan dan perlindungan mestilah mengikut turutan seperti berikut:

1. Fius perkhidmatan 
  • Merupakan peranti pertama sekali dalam sistem pendawaian elektrik.
2. Meter Kilowatt jam ( Kwj)
  • Digunakan untuk menyukat jumlah unit tenaga yang digunakan.
3. Suis Utama
  • Merupakan suis induk kpd sistem pendawaian. Tujuan mengasingkan litar pengguna                            apabila berlaku kemalangan dan tujuan kerja kerja penyelengaraan.
4. Pemutus litar bocor ke bumi ( PLBB) 
  • Merupakan peranti perlindungan kepada keseluruhan sistem pendawaian. Melindungi pengguna dari renjatan elektrik,  litar pintas dan penahan petir.
5. Papan Fuis agihan. (PFA)
  • Untuk mengagihkan bekalan elektrik kepada pekakas. Terdapat 3 bar di dalam papan fius agihan. – bar hidup - bar neutral - bar bumi.
6. Litar kecil akhir ( LKA) 

  • Merupakan litar yang keluar dari papan agihan dan bersedia memberi bekalan secara terus atau soket alir keluar. Keperluan litar kecil adalah:
    • Membolehkan sebahagian daripada pemasangan dioffkan bg tujuan pembaikan dan penyelengaraan
    • Untuk mengelakkan berlaku keadaan dimana keseluruhan pemasangan terputus jika berlaku kerosakan.




PUNCA TENAGA BAGI SEMENANJUNG, SARAWAK DAN SABAH

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian sumber asli, yang menjadi asas penting dalam penghasilan tenaga. Selaras dengan matlamat Dasar Tenaga Negara untuk membekalkan Malaysia dengan tenaga yang mencukupi, terjamin dan murah, Kerajaan menggalakkan penglibatan pelbagai sektor dalam industri ini.

Bekalan Tenaga
  • Malaysia kaya dengan sumber tenaga konvensional (tidak boleh diperbaharui) dan bukan konvensional. 
  • Sumber tenaga konvensional terbesar yang boleh didapati di negara ini adalah petroleum. 
  • Usaha berterusan sedang giat dijalankan bagi mempelbagaikan sumber tenaga, terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui.


Petroleum
  • Sumber petroleum terbahagi kepada minyak dan gas. 
  • Aspek penyeliaan dan pengurusan sumber ini terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri dan anak syarikat milik kerajaan iaitu Petroliam Nasional Berhad.




  • Di Malaysia terdapat pelbagai sumber tenaga alternatif dari bahan yang diperbaharui (renewable resources) seperti bahan sisa hutan, biojisim kelapa sawit, tenaga suria, tenaga hidro dan barang buangan. 
  • Sumber-sumber tersebut berpotensi untuk digembleng bagi menjana tenaga serta mampu mengatasi pencemaran alam sekitar.


Bekalan Elektrik
  • Pembekalan tenaga elektrik didominasi oleh tiga syarikat utiliti yang utama iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk Semenanjung Malaysia, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Electricity Supply Corp. (SESCo), manakala sebahagian daripadanya turut diuruskan oleh beberapa penjanakuasa elektrik persendirian (IPPs) dan penjana bersama.





                                                          Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Sarawak Electricity Supply Corp. (SESCo)
Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

ABOUT US

ABOUT US

Perkhidmatan Bangunan merangkumi unsur-unsur kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, paip dan kesihatan awam. Fungsi utama perkhidmatan bangunan adalah untuk memastikan bangunan berada dalam keadaan selamat, kondusif, berkebolehan untuk digunakan dan mematuhi semua keperluan yang ditetapkan

Categories

recent posts

Blog Archive

  • December 2018 (9)

Created with by ThemeXpose